Islamic Widget

Monday, April 25, 2011

Usahlah berputus asa bro!!

"Wahai anak-anakku! Pergilah kamu, carilah (berita) tentang Yusuf dan saudaranya dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir". 

[QS Yusuf, 12:87] 


 ***
"Macam mana tadi? Boleh jawab?" 
"Hmm.. Kecewa.." 
"Kenapa?" 
"Entahlah. Aku dah study gila-gila dah, tapi still masih stuck. Tak tahu nak cakap apa."

***


Musim Ujian

Ujian merupakan satu fenomena yang normal dalam satu proses yang dinamakan sebagai kehidupan. Setiap orang pasti akan merasakannya. Baik mu'min, muslim, kafir, musyrik...TERUSKAN MEMBACA..


and here's one video for those who are having exams currently...all d best guys!!!!


Sunday, March 6, 2011

Fakta Shisha dan Fatwa Mengenainya

ADA APA DENGAN SHISHA?
Tembakau, nikotin, tar, karbon monoksida, karsinogen, arsenik, kromium dan plumbum hanyalah secebis daripada cebisan kisah si pembunuh ‘suci’ ini. Suci kerana telah ‘disucikan!’ Kononnya.
Interaksi antara bahan-bahan yang berisiko tinggi, ‘disucikan’ dengan lapisan air dan diadun dengan bahan perisa yang mengasyikkan, maka jadilah shisha seperti yang kita kenali pada hari ini.
Shisha.
Shisha berasal dari India, sekitar abad ke-16 Masihi, sewaktu pemerintahan Empayar Islam Mughal berikutan pengenalan tembakau oleh para pedagang Eropah. Hakim Abu’l Fath Gilani, seorang ahli fizik berasal dari Gilan, iaitu sebuah wilayah di utara Iran, yang berhijrah ke India, menyedari akan kegilaan baru di kalangan golongan elit Mughal, iaitu menghisap tembakau, telah mereka cipta satu alat yang membolehkan asap tembakau melepasi air bagi tujuan ‘menyucikannya’.
Melalui Asad Beg, iaitu Duta Bijapur, ia diperkenalkan kepada Maharaja Akbar yang memerintah ketika itu. Ekoran itu, shisha menjadi popular di kalangan golongan elit India sebelum merebak ke Asia Tengah dan seluruh dunia.
KELENGKAPAN DAN PENYEDIAAN
Dalam sebuah shisha terdapat lima komponen penting – kepala, batang paip, balang air, hos dan muncung paip. Langkah penyediaannya pula cukup begitu mudah. Hanya masukkan tembakau yang diperam dengan ekstrak buah-buahan yang berperisa (epal, vanilla, nanas, strawberi, dll dsb) ke dalam bahagian kepala shisha dan diletakkan arang di atasnya. Tembakau dan arang selalunya dipisahkan dengan kepingan aluminium di antara kedua-duanya.
Apabila arang dipanaskan, lubang yang terdapat di bahagian bawah kepala shisha akan membenarkan asap yang terhasil menuruni batang paip dan terus masuk ke dalam balang air yang separuh terisi air. Gelembung-gelembung udara kemudian terhasil dan asap dibawa bersama-sama wap air melalui hos terus ke muncung paip.
Konsep sebegitu mudah, tapi sejauh manakah keberkesanannya?
Mari kita lihat satu persatu.
KARBON MONOKSIDA
“Gua first time sedut shisha, gua layan sampai pening beb. Maklumlah, first time lah katakan. Itu yang pening tu.”
Karbon monoksida. Malang yang tidak berbau, tidak berwarna, tidak berasa, juga tidak merengsakan.
Karbon monoksida dalam darah seseorang yang tidak merokok berkisar kurang dari 1%, perokok pasif mempunyai kadar karbon monoksida dalam darah berkisar antara 2-4% dan untuk perokok berat, kadar karbon monoksida dalam darah boleh mencapai 5-7%. Sementara menurut hasil penelitian, para penghisap shisha mempunyai kadar karbon monoksida dalam darah mencapai 8-12%.
Keracunan karbon monoksida mampu menjejas sistem pengangkutan oksigen dengan begitu berkesan sekali. Kekurangan bekalan oksigen seterusnya menyebabkan tergendalanya sistem saraf sentral, lantas sakit kepala, kepeningan menyusul.
Vertigo, konfusi, halusinasi, delirium, amnesia – kesemuanya menanti dalam senarai komplikasi keracunan karbon monoksida.
NIKOTIN DAN TAR
“Siapa kata shisha bahaya? Takde efek lah. Nikotin 0.5%, tar 0%. Sikit pun tak bahaya.”
Nikotin, walaupun berperatusan kecil, tetapi kebiasaannya para penghisap shisha menyedut asap shisha dalam kuantiti yang banyak menyebabkan kuantiti nikotin yang disedut, turut meningkat!
Setiap sesi menghisap shisha biasanya berlangsung selama 40 minit dan mengandungi antara 50 – 200 sedutan. Setiap sedutan pula mengandungi 0.15 – 0.50 liter asap. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan American Cancer Society telah menunjukkan bahawa, sepanjang kira-kira 1 jam sesi shisha, pengguna menyedut 100 – 200 kali asap dan kira-kira 70% lebih nikotin berbanding dengan sekali merokok.
Sudah tentulah tembakau tidak mengandungi tar, kerana ia tidak diperbuat daripada tar, sebaliknya, ia menghasilkan tar! Dengan kata lain, tar adalah bahan hitam legap dan berminyak yang terhasil daripada pembakaran kayu, arang atau tembakau.
Bahan inilah yang menyelaputi paru-paru dan menyumbat sel-sel pernafasan seterusnya menyebabkan kanser paru-paru. Kajian menunjukkan bahawa penggemar shisha 5 kali ganda lebih berisiko untuk menghidap kanser paru-paru berbanding orang yang tidak merokok.
LOGAM BERAT
Asap shisha juga mengandungi logam-logam berat yang tidak dapat ditapis sepenuhnya oleh lapisan air. Plumbum contohnya, berupaya mempengaruhi sistem saraf sentral dan menimbulkan tanda-tanda kronik keracunan, termasuklah sakit kepala, kehilangan selera makan, anemia, kelesuan serta insomnia.
Tidak hairanlah sekiranya penghisap shisha kadang-kadang berkata, “Sekali sedut, tak makan sehari dua.”
KARSINOGEN
Selain itu, karsinogen yang terbebas di dalam asap shisha boleh menyebabkan kanser. Kajian yang dilakukan di Yaman menunjukkan risiko kanser esofagus dan gastrik meningkat di kalangan penghisap shisha berbanding orang yang tidak merokok. Ia juga meninggikan risiko mendapat kanser paru-paru sebanyak dua kali ganda dan berkadar terus dengan kekerapan penggunaannya. Kanser mulut juga telah dilaporkan dialami oleh penghisap shisha di Mesir.
JANGKITAN VIRUS DAN BAKTERIA
Di Mesir, penyakit tuberkulosis menjadi suatu kebiasaan di semua hospital disebabkan perkongsian muncung paip shisha yang mendedahkan para penghisap shisha kepada bahaya jangkitan penyakit yang merebak melalui air liur.
Aspergillosis juga telah dilaporkan mampu berjangkit di kalangan penghisap shisha yang bercampur marijuana. Patogen-patogen lain yang boleh merebak melalui perkongsian muncung paip shisha termasuklah Hepatitis C, Herpes simplex virus (HSV), Epstein-Barr virus (EBV), respiratory syncytial virus (RSV) dan Human immunodeficient virus (HIV).
Jelas sudah bahawa filter air yang berfungsi di dalam shisha tidak dapat menapis sepenuhnya bahan-bahan toksik dan karsinogen yang membahayakan kesihatan, bahkan penggunaannya juga meningkatkan kandungan toksin dalam badan dan risiko jangkitan penyakit yang merbahaya.
HUKUM BERHUBUNG SHISHA
Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, bekas mufti Arab Saudi, ketika menjawab soalan berhubung hukum menghisap shisha menjelaskan seperti berikut:
“Menghisap shisha dan rokok dan segala jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (shisha dan rokok). Sesungguhnya ALLAH SWT telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan berwaspada daripada perbuatan tersebut kerana firman ALLAH SWT:
Mereka menanyakan kepadamu: “Apakah yang dihalalkan bagi mereka?”. Katakanlah: “Dihalalkan bagimu yang baik-baik…..” – Al-Qur’anul Karim; Surah Al-Maidah (5) ayat 4.
Dan firmanNYA lagi: “Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka.” – Al-Qur’anul Karim; Surah Al-A’raaf (7) ayat 157.
Dan kesemua jenis rokok dan shisha termasuk dalam perkara buruk yang memudaratkan manusia. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram berdasarkan kepada dua ayat al-Quran di atas apabila diperhati maksud kedua-duanya. Kita memohon kepada ALLAH SWT agar memberi petunjuk kepada orang Islam mengenai apa yang baik dan yang dapat menyelamatkan mereka. Juga memohon agar ALLAH SWT melindungi mereka daripada perkara-perkara yang memudaratkan mereka di dunia dan akhirat. Sesungguhnya DIA adalah sebaik-baik tempat memohon.”
KESIMPULAN
Daripada Nu’man bin Basyir bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itupun jelas dan di antara keduanya ada perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka sesiapa memelihara dirinya daripada segala yang shubhat, maka sesungguhnya dia telah memelihara agama dan kehormatannya. Sesiapa yang terjerumus dalam perkara syubhat seperti pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, hampir dia terjerumus ke dalamnya.” – Riwayat Bukhari dan Muslim.
written by HAFIZ RAMLI 

Tuesday, February 22, 2011

reading Week

Assalamualaikum semua,



Untuk makluman university di Kanada ada satu minggu special yg di panggil 'Reading Week'. Tujuan mat salleh wujudkn minggu ini ialah untuk para pelajar mendapat rehat secukupnya dari sebarang kelas or lecture or mybe assignment setelah separuh semester berpeluh busuk masam asyik belajar jek -_-. One more, dorg juga nk give some space to students sebelum ktorg exam midterm lps abes cuti ini.

So, kalau dah cuti tu mmg cuti sakan la ktorg. Saya dan rakan2 telah meng-follow senior2 utk pegi bermain snowboarding or should i say 'salji-papan' in malay??

Destinasi : Sunshine Village, Calgary
Bilangan : 15 org ++
Transport : 1 kete chevrolet impala, 1 dodge grand caravan
Tarikh : 18 feb-20 feb

Dorg semangat punyer pasal, jumaat mlm tu lps abes klas trus nk pegi...nk me'maximize'kan cuti la dikatakn.
Just enjoy these photos...=) -taken by my iphone 4-

full moon while on the way~
first pic at sunshine village

going up!!

At the top of the mountain *peace*

hye there guys..:)


yeahh...let's play!!

aduhh..penat...
what a cute cat...called 'mokka'
with the Calgary family...


shopping sket sblom blek..hehe





kami nk gedik2 jap...


itu dye...tamat lah jalan2...anyway Sunshine Village was awesome!!

p/s: for more pictures, ples visit my fb..."we read in Sunshine Village-Calgary" album.

p/s to myself : baca buku faez..ada midterm lps cuti!!

Friday, January 28, 2011

Friday nite!!

Assalamualaikum guys,

Normally every friday night people here in Canada will spend their whole night to enjoy, going to the pub, spend their time at friends' house, party and etc. But, Alhamdulillah between those of thousands of people in this city we muslims have been given the oppurtunity and gifted with His hidayah to do something more beneficial things tonight. Friday is absolutely my favourite day of the whole week coz' I get to do juma', hear the khutbah and then spend my night at the masjid praying jemaah and sit down for a few minutes talk or tazkirah...alhamdulillah. Anyway, it's weekend right...


The talk tonight was really interesting for me. The syeikh who was giving the talk told us a lot of stories and that actually kept me awake until the end...heheh (selalunyer akan ttdo). The topic of the lecture was The Deen of Allah. I can't remember all of it but I will try to write down everything that I could still remember about the talk.

One of the stories that he told was that about Nabi Musa a.s. where he was gifted with his stick which can do so much things in the will of Allah. His stick was really much helpful to him and it was one of his specialty. But, as Allah ask him to throw down his stick, the stick automatically changed into a big snake. The stick which he appreciated so much had turned into something that is scary and harmful. What the syeikh was trying to say was that Allah can do and changed anything that He want to and all that we have now is all depends on Him. Next, he talked about our iman. As we all now, our iman can change and it is dependent on us to keep it and secure it from the evil. It could just goes up and could in any moment decreases. It is really important for us to take care of our iman just as we take care of our love ones. He said that if it wasn't mistaken Rasulullah s.a.w. once said that a person who managed to keep his/her iman and take good care of it is the most successful person! InsyaAllah..let's all improve our iman by doing more amal and ibadah to Allah.


Some few reminder told is that one who is always punctual on his solat, Allah will let an angel guide him. And the angel will resist him from the devils and guide him to say LAILAHAILALLAH right before his death...subhanallah. HE is the most merciful and most gracious.


As continued, the syeikh once again told a story of a nonmuslim who had lived for more than 70 years and lived his whole life as a christian until one day Allah gifted him hidayah and alhamdulillah he managed to convert to Islam. But the day after he had converted into Islam, he died. He was a man who grew up as a christian but with the will of Allah he became a muslim right before the day he passed away. Now, there's something that we could learn from the story. To compare with us whom are a muslim since we were a child, think that we are good enough compared to the nonmuslims. Think that we could go to heaven just because that we had been a muslim for a long time ago and had done so much deen in the path of Allah. No...it is all depends on Allah Himself. HE will decide us and it is our duty to keep on worshiping Him as long as we are alive. Don't ever think that we are better than the others and don't even think that we had done enough deen and are able to go to heaven with that. We are just His servant and it's up to Him to decide for us as long as we  do our part as a muslim everytime everywhere.

InsyaAllah let's make doa for Allah will always keep us in the right path and be consistent in our ibadah. Always ask Allah for forgiveness and always remember that the door for taubat is always open for us.



I think these are all that I am able to type down and I am just trying to remind myself and others of ourself about The Deen of Allah and how we as a muslim should behave. Jazakallahukhair =)

Friday, January 14, 2011

happy besday Ayah Mak...

Yang Terindah ~ (Dedicated to my Parents)

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Ayah-15 Jan
Mak-17 Jan
happy birthday mom and dad!!! love u always...may Allah always bless them both..aminn..

Thursday, January 6, 2011

sains johor....sekolahku 4 ever

salam,
[2004]...antara tahun dimana pelbagai kenangan yg bermakna bermula. Tidak pernah aku sangkakan bahawa sekolah ini akan begitu bererti dlm hidupku..Terlalu banyak memori yg terukir membuatkan diri ini berat utk meninggalkannya. Since form 1 sampailah form 5, setiap tahun diri ini sungguh 'excited' jikalau dah nk naik cuti sekolah..x sabar mahu berjumpa kawan2, cikgu2, dorm2 yg bersepah, warden2 & rotannya, bas ketot sekolah tuh dan lain2.
Top ranking memori2 kt sekolah dlu :

  1. Men bola kertas dlm kelas bersama2 kaki bangku.
  2. asyik dok malas nk study bersama Ahmad Safwan n Faizuddin.
  3. senior yg jahat2...
  4. jd budak skema tyme first2 masuk dlu.
  5. curi baju kt dobi Mall.
  6. gelas besar...
  7. form 4...power rangers la..
  8. jd monitor atas paksaan.
  9. cikgu majid..
  10. baju hilang tiap2 mggu...
( kenangan dpt result pmr n spm x termasuk...da biase)

 my batch (experiment 5)..tyme jamuan
 kawad....muke bdak2 lg
my batch 2008
 raye di rumah kak ros...
 seorang sahabat aku yg kini menyepi..
 maulidur rasul..banner mng no. 3 beb..
 kawad rumah sukan...nice kostum guys.
 spm..ntah trial kot...me kt blakang tepi pintu rsenye
 kak ros..sgt2 baik
 azam kami...
 cikgu majid (kanan)...seorang brother n bapa kpd kami..
 my class
 waahh..award spm..
 my class..5 teknikal cempaka..haha

Monday, January 3, 2011

1st sem

Alhamdulillah selesai sudah satu sem...7 sem more to go..result?? erk..no komen..cukuplah setakat mne yg dpt tuh..mybe sbb maseh x dpt nk adapt ngan care blaja kt sni kot..xpe try harder next sem.

sepanjang 1st sem dlu mmg byk btol liku2, simpang 4, lubang kt jalan tuh yg perlu ditempuhi...antara masalah2 yg mengganggu study n result aku eventually (ikut ranking descending order) ialah:
1. rindu mak ayah
2. duet terlebih pakai
3. assignment berlambak
4. lecturer yg x reti ajar..
5. tdo byk dlm klas
6. asyik men iphone dlm klas
7. klas clash ngan solat jumaat
8. selalu lapar..xtaw npe

mereka2 inilah yg menjadi punca hidup aku kelam kabut spnjg 4 bulan blaja. tp yg best nyer tyme sem ni la kte mule nk knl ngan ramai kawan2 baru...mcm2 scholar dtg..tnb la, petronas, mara, fama pun ada...dorg sume pandai2 belaka..kalah anak cucu aku xde pon nk g oversea...btw, dorg la yg byk bantu aku n len2 tyme study..mmg bersyukur sgt2 ada dorg...nnt ble aku da berjaya xda nyer ak nk contact korg lg...kacang lupekn kulit beb...muahahaha.




Senarai mamat2 yg bakal aku bunuh lepas grad :
izzul-tnb
haiman-tnb
anas-tnb
hafiz-tnb
afif-mara
syamil-mara
farah-petronas

Nk x nk, selama 4 bln yg lalu mmg aku byk bazir mse...mls nk study. padan ngan muke aku dpt result truk!! (muhasabah diri)...insyaAllah bnde2 yg lagha xkn diulangi lg next sem...com'on faez!! [target 4.0] aminn... nk men pon sket2 je taw...

Sunday, January 2, 2011

Skating and Snowboard??

Salam,
Nama: Mohd Faez Bin Zulkepli.
Umur: 11 bulan lg nk masuk 20 tahun.
Cita2: Jurutera Mekanikal.
Hobi: Since d0k canada, skating..erk..snowboard kot..

Begitulah dilemma diriku sekarang ini. Sejak 4 bulan dah duduk Kanada dua benda ni dah boleh dikatakan sukan kegemaranku buat masa ini. Dah macam gian gak rupe2nya bile kite da start maen.

Skating....erm...mmg menyakitkan lagi2 bile asyik jatuh..tak dilupakan basahnya seluar n baju kalau da jatuh nnt. Mula2 mmg korg akan rasa sakit sbb asyik jatuh, but sooner or later korg akan rasa syok pula maybe sbb da jemu dan dah terbiasa jatuh kot. Apa yg best nyer kalau korg men skating ngan kawan2, korg bolehlah men tolak2 kasik member korg jatuh.....haha padan muke!! ada la jugak keseronokan disitu selain korg sendiri je yg jatuh. pape pun kt sini aku da berazam nk terer men skate setelah pengalaman 1st time kt sunway pyramid ice dlu membawa 1001 keseronokan bg aku. So, nk ikutkan cerita aku dah beli sepasang kasut skate sbb nk men..lgpun nk skate kt sni mmg ada perlunya beli. Tempat skate ada kt merata-rata tempat...pilih je yg mne korg nk men tp tu le x sume tempat sediakan kasut skate and kalau da ada niat nk men selalu kt sni mmg membazir duet jela asyik nk sewa kasut tuh. Buat masa sekarang ni mmg x ramai yg suke maen, ada la dlm 6 org je tp insyaAllah aku akan cube tarik seramai mungkin utk join kami kasik meriah sket bile nk men nnt.

Snowboard...yg ni pulak lagi syok. Konpem korg mesti nk try lagi nyer kalau da sekali men. tp bak kata senior2 yg da pro dan berpengalaman...dorg kate snowboard ni kne ikut org juga. Ada org da sekali men rse seronok but ada juga org yg men sekali pastu terus da katakan "TAK NAK" kepada snoowboard. Nk ikutkan nasihat mereka, dorg suruh junior2 ni try je dlu..pastu kalau da rse x best men xyah la men lg. Tanggal  20/12/2010 aku try la nk berkecimpung dalam sukan lasak ini. Ternyata aku tergolong dalam group yg akan gian nk men selagi masih ada kt Kanada ni. Best!! aku x nafikan tp mmg sakit seluruh badan. yg ni aku x kesah asalkan aku dpt men. Buat masa ni aku still nga belaja teknik2 men bnde alah ni...'ketam' la...'carving' la...aduhh mmg sakitlah badan aku ni..tp xpe aku ad 4 tahun nk belajar..insyaAllah akan power secepat mungkin. Setakat ni baru 2 kali aku pergi men snowboard. Nk beli alat2nya mmg mahal..tggu bulan depan ke baru beli or tahun depan maybe?? sewa pon sewa la...takpe kn..Kalau ad kawan2 aku yg dtg sini nk bercuti ke..hehe...byk duet nk travel ke Kanada ekk?..... konpem aku akan bwk korg try snowboarding. Mmg satu pengalaman yg sgt2 best. Takkan kering gusi nyer kalau korg try men...muahahah...

Hmm...cmni la..kalau ada org tyer ape hobi aku..aku akan jawab both skating and snowboarding. :) Hope sepanjang aku d0k kt sini dpt jd terer dlm kedua2 bidang ni...INSYAALLAH. Jgn jeles guys k..*peace*